Jumaat, 5 September 2014

Tempat Menarik Di Terengganu Darul Iman


Negeri Terengganu yang terkenal dengan moto Negeri Cantik, Budaya Menarik sentiasa bersedia menerima tetamu dari dalam mahu pun luar negara.  Terengganu memang cantik, memang menarik untuk bercuti.  Dengan jaringan Lebuh Raya Pantai Timur yang memudahkan perjalanan , percutian ke Terengganu melalui jalan pesisir pantai sangat memukau.Biru laut dan lambaian pohon kelapa di sepanjang pantai di Terengganu menyegarkan dengan pemandangan perkampungan tradisi masyarakat pantai timur.


Lebih kurang 5 Kilometer dari pintu gerbang, ambil simpang ke kanan ke arah Kuala Kemaman. Di kawasan tepi jalan arah ke Kuala Kemaman, ramai peniaga menjual satar . Di ksini juga ada kedai makan yang popular iaitu Warung Aziz Satar yang terkenal dengan warung pinggan besarnya.

Sepanjang pesisir pantai, kita boleh singgah di Pantai Teluk Mak Nik atau Monica Bay, Pantai Petunjuk, Pantai Kemasik, Tanjung Jara , Rantau Abang atau Pantai Kelulut.  Laut yang membiru dan angin bertiup sangat mendamaikan


Terengganu juga amat terkenal dengan makan sumber laut yang segar. Kita boleh jumpa banyak gerai yang menjual hasil tangkapan laut seperti keropok atau satar.Jangan lupa singgah di Ikan Celup Tepung Pok Long di Teluk Ketapang yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Jangan lewat kerana gerai Pok Long dibuka dari jam 2.15 petang hingga 7.30 malam sahaja
Selepas menjamu selera ikan celup tepung, luangkan waktu di malam di Pulau Warisan , Jalan Hiliran berdekatan dengan Chinatown Kuala Terengganu . Lampu berwarna warni menghiasi kawasan ini menghidupkan malam di Kuala Terengganu.Di sebelah pulau Warisan terletak Kampung Cina Kuala Terengganu. Kampung yang masih mengekalkan seni bina yang melambangkan kewujudan masyarakat cina di sini.


Untuk merasai kedamaian dan menikmati percutian indah, Terengganu mempunyai beberapa pulau yang menarik untuk dilawati seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian , Pulau Tenggol, Pulau Gemia dan Pulau Kapas.

Terengganu bukan saja mempunyai lokasi percutian pesisir pantai dan pulau yang menarik, tetapi lokasi kehijaunan dipendalaman seperti di Tasik Kenyir juga sangat popular sebagai tempat pelancongan di  Hulu Terengganu. Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia terbesar untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara.Tasik Kenyir terhasil apabila Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud Tasik Kenyir siap di bina. Sekarang kawasan ini sendang dibangunlan satu lagi empangan hidroelektrik.

Tasik Kenyir yang terkenal dengan aktiviti memancing terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu. Jeti Pengkalan Gawi adalah pintu masuk kepada perkhidmatan bot dan sampan yang menyediakan perkhidmatan rumah bot , pakej memancing dan chalet di pulau-pulau yang terbentuk di tengah tasik tersebut.Di Hulu Terengganu, terdapat Santuari Gajah Sungai Ketiar yang menempatkan gajah yang dipelihara. Kawasan persekitaran Tasik Kenyir ini memang habitat tempat tinggal gajah. 

Di Hulu Terengganu atau lebih tepat lagi Kuala Berang terdapat memorial sejarah Batu Bersurat Terengganu iaitu tempat asal di mana batu bersurat ini dijumpai. Batu Bersurat ini adalah batu peringatan yang terawal dijumpai di Semenanjung dan merupakan rekod mengenai Islam sebagai agama rasmi bagi Kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan